Laman Utama

“Malu Tapi Bila Terbayang Mak Ayah Dekat Rumah…” - Muncul Live Di TV, Ryan Bakery Pun Ada Rasa Gementar Tau!

gempak
Mya Amri
09/08/2022
13:38 MYT
Sponsor Banner
“Malu Tapi Bila Terbayang Mak Ayah Dekat Rumah…” - Muncul Live Di TV, Ryan Bakery Pun Ada Rasa Gementar Tau!
Pempengaruh aplikasi TikTok, Ryan Bakery akui sedikit malu untuk membuat penampilan di kaca televisyen.
Bagaimanapun kata Ryan dia dapat mengatasi perasaan malu itu dengan mengambil kekuatan daripada kedua ibu bapanya.
“Malu memang malu. Tapi bila terbayang mak ayah dekat rumah, confident tu datang dengan sendiri. Terima kasih @meletop kerana sudi menjemput saya,” tulisnya di akaun Instagram.
Dalam pada itu, Ryan juga turut berkongsi pengalaman sewaktu muncul dalam program Sepahtu Reunion Live yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Ryan, pengalaman beraksi dipentas secara spontan dan disiarkan secara langsung memberikan cabaran berbeza buat dirinya.
“Hari yang luar biasa, akun diberi peluang berganding dengan @sepahtureunionliveofficial. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.
“Apabila kau tidak diberi skrip dan hanya bergantung kepada ‘situasi’ yang diberi. Cabaran baru buat aku apabila bermain secara spontan di pentas secara live.
“Dengan kehadiran penonton yang sporting luar biasa! Penonton di rumah juga ada yang tag saya dekat story.
“Saya hargai sokongan semua. Terima kasih @sepahtureunionliveofficial kerana percaya kebolehan saya yang tidak seberapa ini.
“Sedikit sebanyak dapat mengajar saya bagaimana bermain di pentas. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” tulisnya
Terdahulu, Ryan merupakan antara personaliti media sosial disukai ramai kerana kandungan konten yang dilakukannya tidak merapu dan banyak mengingatkan kenangan kehidupan di zaman kanak-kanak.
Ryan juga popular dengan imej kanak-kanak berwajah comot dan berbedak di bahagian wajahnya sebagai salah satu karakter dalam kontennya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live