Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Hotel Kucing Penuh & Kos Mahal Waktu Perayaan? Ini Tips Tinggalkan Si Manja Di Rumah Untuk Balik Kampung!

gempak
Syafiqah Jalal
29/04/2022
04:22 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Hotel Kucing Penuh & Kos Mahal Waktu Perayaan? Ini Tips Tinggalkan Si Manja Di Rumah Untuk Balik Kampung!
Kebiasaannya di musim perayaan atau lebih-lebih lagi tahun ini Syawal pertama kita dapat beraya selepas dua tahun berada dalam pandemic Covid-19, pastinya semua rumah atau hotel penjagaan kucing akan penuh.
Mananya tak penuh, bila semua orang balik serentak semua pemilik kucing ini tiada pilihan selain meletakkan si manja mereka di tempat yang khas untuk peliharaan haiwan peliharaan mereka.
Selain penuh, Mami Piqah pasti waktu perayaan beginilah harga sewa hotel kucing itu naik dengan mendadak secara tiba-tiba.
Jadi, apa pilihan yang ada? Mahu bawa kucing travel balik kampung sekali di dalam kereta? Bukan mudah kerana perjalanan yang panjang terutama keadaan trafik tak menentu ini amat mencabar untuk anda serta ia boleh mendatangkan tekanan buat si comel.
Justeru, seorang pengguna Facebook bernama Masriah Mohsian berkongsi tip meninggalkan 5 ekor kucing peliharaannya selama 5 hari dengan selamat dan cukup makan minum di page Pecinta Kucing & Tip Penjagaan Kucing.
1. PASIR
Saya guna 3 bekas pasir saiz Jumbo besar, isi pasir banyak dan tinggi. Elok juga letak beberapa bekas pasir dan letak di lokasi berbeza dalam rumah. Klik SINI untuk beli litter box di Shopee
2. AIR
Jadi saya guna 3 bekas besar untuk letak air (ada jual kt kedai), isi air mineral siap-siap dalam bekas dan letak di 3 tempat berlainan dalam rumah.
Kucing saya kerap habiskan air. Jadi saya offkan filter air sebab bahaya kalau filter berterusan on dalam keadaan air dah habis. Klik SINI untuk beli bekas air/makanan kucing di Shopee.
3. KIBBLES
Saya guna satu mesin Auto Filter food & 2 pot filler manual (jenis kibbles turun sendiri). Isi kibbles banyak-banyak dalam semua bekas ini dan letak di 3 tempat berlainan juga.
4. MAINAN
Letak beberapa mainan & bebarapa tempat scratch supaya mereka tak bosan.
5. KIPAS & LAMPU
Saya off semua kipas & lampu, sebab risau jika elektrik dipasang berterusan ketika kita tiada di dalam rumah.
6. BEBAS DALAM RUMAH
Saya tak letak kucing dalam cage. Mereka semua bebas di dalam rumah bermain. Risau kalau letak dalam cage nanti mereka stress berhari-hari.
Ini saja tip saya guna. Bila balik sampi rumah, semua okay. Makanan & air masih ada juga.
Tip ekstra
– Pastikan barang kaca, peralatan elektrik disimpan elok supaya tak berlaku kejadian barang pecah atau jatuh ketika kucing bermain. – Tutup semua pintu bilik biarkan mereka bebas dalam ruang tertentu saja. – Boleh juga beli CCTV, untuk lihat keadaan bos yang ditinggalkan. Boleh pilih CCTV dengan fungsi suara supaya anda boleh memanggilnya CCTV – Pastikan ada pengudaraan, contoh buka pintu bilik air supaya udara masuk melalui tingkap jaring. Selak sedikit langsir agar ada cahaya dan kucing dapat melihat suasana di luar.Semoga bermanfaat
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live