Laman Utama
#MamiPiqahCorner: “Kena Belah Hidup-Hidup!”- Pengalaman Bersalin Setiap Anak Tak Sama? Ibu Ini Alami 5 Cara Berbeza Melahirkan Anak-Anaknya!
Kisah bersalin atau melahirkan cahaya mata pasti menjadi satu memori yang tak mungkin boleh dilupakan oleh setiap ibu.
Nikmat kesakitan yang luar biasa melahirkan anak dari zuriat sendiri sukar diungkap dengan satu perasaan kerana semuanya bercampur aduk menjadi satu kenangan manis.
Namun sebagai wanita yang belum menjadi ibu, pasti hanya terfikir dua kaedah sahaja untuk melahirkan anak iaitu sama ada secara normal atau pembedahan.
Advertisement
Percaya atau tidak, seorang ibu ini memberitahu telah melahirkan 5 orang anak-anaknya dengan cara berbeza dan sudah semestinya traumatik.
Begitu besar pengorbanan ibu ini sehingga salah seorang anaknya keguguran dan tidak sempat dilahirkan.
Ibu ini sudah melalui pelbagai proses termasuk normal namun perlu menggunakan kaedah vakum serta pembedahan sebanyak tiga kali kerana bayi songsang serta bayi terlalu besar.
“Hanya Allah sahaja tahu dup dap hati masuk bilik pembedahan yang sejuk dan menyeramkan. Siap istighfar, selawat dan mengucap awal-awal.
“Anak pertama pembedahan kerana songsang, anak kedua normal tetapi kaedah vakum, anak ketiga keguguran, anak keempat emergency caesar kerana baby besar dan kelima perlu dibedah juga.
“Cucuk epidural sakit tulang belakang, kena belah hidup-hidup, paru-paru anak dah masuk air ketuban, perut kena tolak dengan doktor sebab baby naik ke atas. Luka bernanah masa pantang, bentan urat sebab jaga anak dalam pantang,” ceritanya.
Mami Piqah terkejut dan dalam masa yang sama kagum dengar perkongsian cerita ibu ini yang begitu kuat menghadapi pelbagai dugaan dalam melahirkan anak-anaknya.
Jadi di sini, Mami Piqah nak nasihatkan ibu-ibu jangan bandingkan pengalaman bersalin anda dengan sesiapa malah proses bersalin setiap anak juga berbeza.
Raikanlah ibu-ibu yang sudah bertungkus lumus hamil dan melahirkan anak-anak mereka tanpa membeza-bezakan cara bersalin normal atau pembedahan.
Must-Watch Video