Meskipun kes Covid-19 masih menunjukkan kadar di tahap yang agak tinggi dan membimbangkan namun sedikit demi sedikit kerajaan sudah mula membuka beberapa sektor ekonomi seperti perniagaan dan pelancongan.

Selepas lebih setahun hidup dengan wabak berbahaya ini, rakyat Malaysia kini juga sudah mula hidup dalam era endamik demi kelangsungan hidup.

Malah, ramai ibu bapa terutamanya sudah mula dilihat membawa anak-anak keluar ke kedai makan, pusat membeli belah serta beriadah di tempat-tempat rekreasi.

Bagaimana pun ada juga mata yang tidak senang dan cuba mengecam tindakan ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka ke dunia luar di kala Covid-19 sedang mengganas.

Tapi Mami Piqah faham anak-anak pun mahu merasa udara luar kerana emosi dan mental mereka juga sudah lagi tidak tertanggung untuk berkurung setelah sekian lama.

Seperti perkongsian terbaharu dari wartawan HLive, Mya Zulkifli baru-baru ini dia turut menekankan supaya masyarakat tidak terlalu keras menghukum ibu bapa yang membawa anak-anak mereka keluar.

Menurutnya dalam era endamik ini, ibu bapa perlu bijak membuat keputusan untuk anak-anak dan keluarganya supaya kesihatan mental dan juga fizikal mereka terjaga.

“Fahamilah yang kesihatan mental dan fizikal sama penting dalam kehidupan. Covid ni dah nak masuk era endamik. Nak tak nak memang kena hidup bersama virus ini.

“Ada ibu bapa yang ‘terpaksa’ bawa anak-anak keluar. Kalau boleh, memang digalakkan untuk elak.

“Tapi kalau ada ibu bapa yang nak bawa anak keluar hirup udara luar, groaunding, pijak rumput, pijak pasir, janganlah terlalu keras untuk menghukum dan mengecam.

“Kalau kita penat duduk rumah, anak-anak pun sama. Yang mengecam tu, sorok je lah kat rumah sampai bila-bila,” katanya.

Tambah Mya bukan bermaksud ibu bapa yang bawa keluar anak boleh mengabaikan kesihatan anak serta SOP, malah diminta untuk mengambil vaksin tambah serta vitamin untuk menguatkan lagi imunisasi badan mereka.

Pada pendapat Mami Piqah ibu bapa ada hak untuk membuat keputusan kepada anak-anaknya kerana mereka yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat anak-anak mereka.

BACA: Nak Berkelah Dengan Anak-Anak Tapi Bimbang? Ibu Ini Kongsi Tips Untuk Bercuti Dengan Selamat

A post shared by Mya Zulkifli (@myazulkifli)