Isu permohonan lesen yang diperuntukkan kepada semua bentuk penggambaran, termasuk rakaman media sosial peribadi nampak gayanya telah memberi kesan kepada ramai pihak.

Malah, seorang ‘TikTokers’ popular dikenali sebagai Budak 46 turut terpalit kemelut berkenaan.

Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, terdapat sebahagian netizen yang bimbang terhadap masalah yang bakal dihadapi remaja tersebut.

Malah, rata-ratanya bersimpati dengan nasib menimpa Budak 46 yang dikatakan terpaksa mengambil lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Kesian Budak46 bang, kena ada lesen pula,” kata seorang pengguna Instagram.

“Mana dia nak cekau duit, kesian dia tak boleh buat TikTok,” kata seorang lagi.

Gelagat netizen yang cuba memerli atau ‘troll’ remaja berkenaan walaubagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang menganggapnya sebagai isu serius dan tidak kurang juga menyifatkan sebagai sindiran halus.

Namun, pada yang tidak tahu Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan terbarunya berkata, laporan media mengenai jawapan beliau memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza daripada maksud jawapan sebenar.

Ahli Parlimen Indera Mahkota juga menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah dan tidak berniat menggunakan akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

BACA: Isu Lesen Perfileman FINAS, Ini Penjelasan Menteri

Untuk rekod, Budak 46 mula mencuri perhatian pengguna TikTok apabila kerap melakukan aksi dan gaya 'slow motion' secara manual

Gaya tersebut kemudian menjadi ikutan termasuklah penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

BACA: Bukan Setakat Hareudang Je, Tok Ti Siap Buat ‘Slow Mo’ Manual Lagi...Sorry BBNU!