Laman Utama
“Mana Mungkin Saya Nak Beritahu…”- Isteri Atu Dedah Akaun Bank Suami Pernah Tinggal RM50
Isteri kepada pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari mendedahkan dia dan suami pernah hidup susah sehingga baki dalam akaun bank hanya tinggal RM50.
Menurut Shafeeqa selama ini dia hanya menyimpan perihal kewangan keluarganya tanpa pengetahuan umum.
“Ada hamba Allah berkata, untunglah awak tak keje sebab suami artis dan mampu sara.
“Saya jawab (dalam hati) awak tahu ke baru 30 hari bulan cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami.
“Mana mungkin saya nak beritahu awak perihal kewangan keluarga saya,” katanya.
Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pasangan itu menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari lalu.
Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Shafeeqa mengimbau persoalan yang sering ditanya mengenai kehidupannya sebagai suri rumah dan tidak bekerja meskipun mempunyai kelayakan dalam pelajaran.
“Ada hamba Allah berkata, rugilah awak tak keje. Belajar tinggi-tinggi, kawan-kawan sebaya dengan awak paling busuk dapat RM3,000 sebulan. Saya jawab (dalam hati) siapalah yang tak nak duit sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit. Alhamdulillah saya ada #keklapisanozon sendiri..
“Ada hamba Allah berkata, kita orang prempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tingglkan kita atau suami pergi dulu siapa nk tanggung awk dan anak-anak. Saya jawab (dalam hati) macam lah takdir saya awak yang tentukan.
“Ada hamba Allah berkata, awk tak keje nanti mentua awk tak sayang awak. Saya jawab (dalam hati) saya tak perlu meraih kasih sayang atau hormat dari manusia dengan wang ringgit.
“Ada hamba Allah berkata, awak tak keje nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awk tak ada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.
“Saya jawab (dalam hati) kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit dan mmg tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak.
“Alhamdulillah, walaupun slalu dia kata lelaki boleh kahwin 4, tapi dia sedar kemampuan kewangannya hanya cukup-cukup untuk kami sekeluarga,” jelasnya panjang lebar.
Atu dan isteri mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Pun begitu, Shafeeqa bersyukur kerana dikurniakan Atu sebagai suami yang bertanggungjawab.
“Selalu dia (Atu) ingatkan saya supaya selalu bersyukur. Alhamdulillah, kemahuan saya hanya untuk anak-anak...
“Tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung. Cukuplah suami rajin berkerja. Terima kasih mak dan ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami.
“Happy anniversary @akueatu akan ku capai tangan mu di pintu syurga kelak... Terima kasih kerana menjadi imamku... menjagaku dan anak-anak,” katanya lagi.
Must-Watch Video