Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu menyambut Hari Raya di rumah kampung yang memberikan nostalgia buat dirinya.
Kata Shuib, rumah tersebut merupakan tempat dia membesar dan mempelajari erti kesyukuran sebelum menikmati kesenangan hidup hasil berkat usahanya sendiri.
Shuib berkongsi kenangan tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Dari umur 8 bulan sampi umur 17 tahun… Ini lah rumah saya dibesarkan, air amik tiap-tiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, toilet luar rumah, tido pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor takde.
“Yang ade cuma basikal, belanja sekolah 50 sen, Sabtu Ahad tangkap belut buat tambah-tambah duit sekolah tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar.
“Belajar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada. Belajar bersyukur dengan nikmat Allah.
“Semoga anak-anak dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dengan setiap ujian Allah, susah juga ujian, senang juga ujian,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji Shuib yang merendah diri selain pandai mendidik anak.
“Antara contoh baik dalam dunia artis... Kami bangga ada insan seperti @shuibsepahtu,” komen @pakjohn_je
“Respect sangat dengan orang yang masih ingat asal usulnya walaupun dah senang... Salute you bro!” tulis @marykay_amyzuryn
“Terbaik @shuibsepahtu saya respect. Sangat-sangat humble. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki,” doa @nufarahin_77
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.