,
Hiburan

“Untuk Usia Macam Saya Ni..." - Tyzo Tak Pernah Nak Permainkan Hati Lydia Rosli, Tahu Perasaan Tersakiti Masa Bercinta

Firdaus
24/09/2024
01:10 MYT
Penyampai radio, Tyzo menyatakan dirinya tidak pernah berniat untuk mempermainkan hati usahawan popular, Lydia Rosli.

Tak Kisah Tohmahan Netizen

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris berkongsi perkara itu ketika disoal tentang dakwaan netizen berkaitan dirinya yang dikatakan memalsukan perasaan cinta terhadap Lydia.

"Saya berusaha tidak mempermainkan perasaan orang....

“Masing-masing berhak untuk bercakap perkara tidak baik tentang saya dan saya tidak dapat menahan apa yang mereka (netizen) katakan.
“Tapi jujur daripada hati saya, saya berusaha tidak mempermainkan perasaan orang sebab saya pernah disakiti, dan juga saya pernah menyakiti.
“Saya tahu perasaan menyakiti dan juga tersakiti, jadi untuk usia macam saya ni tak ada rasa untuk memainkan perasaan mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas lanjut, Tyzo menjelaskan masih lagi berhubung dengan kakak kepada Kak KM itu, namun hanya sebagai seorang kawan.

BERITA TRENDING: Tyzo Ulas Sebab Padam Foto DJ Lin - “Tak Perlu Nak ‘Gambarkan’ Seseorang Yang Tutup Periuk Nasi Saya”

BERITA TRENDING: Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

BERITA TRENDING: Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

BERITA TRENDING: Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

“Kami masih berkawan baik, masih berhubung macam biasa sebab saya rasa untuk berkawan tak salah.
“Saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa dan dia juga sama. Kalau dia ada peluang untuk berjumpa dengan sesiapa yang dia rasa lebih baik daripada saya pun saya okey,” ujarnya.
Sekadar info, Lydia sebelum ini pernah mendedahkan dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama Tyzo namun perasaannya itu seolah-olah diendahkan oleh penyampai radio tersebut.
Tambah Lydia lagi, selama sepuluh tahun dia tidak berkawan dengan mana-mana lelaki sehinggalah kehadiran Tyzo yang membuka hatinya untuk kembali bercinta
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik

gempak
23/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan dia menyokong seandainya anak perempuannya, Kasih Iris Leona mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Hiburan

Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi

gempak
23/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini menerima Anugerah Ibu Ikon Malaysia 2024/2025 bersempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.
Hiburan

Tyzo Ulas Sebab Padam Foto DJ Lin - “Tak Perlu Nak ‘Gambarkan’ Seseorang Yang Tutup Periuk Nasi Saya”

gempak
21/09/2024
12:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo menyatakan tindakannya memadam gambar DJ Lin dalam senarai Top 10 kategori penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) tidak perlu dipersoalkan.
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

gempak
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.