Laman Utama

Mangsa Kemalangan Dilanggar Remaja 16 Tahun ‘Seperti Tahu’ Ajal Hampir Tiba, Kongsi Banyak Hantaran Tentang Kematian Di TikTok

Izwan Isa
12/11/2023
00:50 MYT
Syahdu. Mungkin itu perkataan yang tepat menggambarkan perasaan netizen apabila melihat beberapa potong video terakhir Instagram Story milik seorang wanita yang dikenali sebagai Sabrina sebelum maut akibat kemalangan jalan raya.
Wanita itu berkongsi momen-momen manis bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Nabil sebelum dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang pada pagi Sabtu.

BERITA TRENDING: "Kaki Saya Bengkak, Telinga Berdesing" - Iman Troye Kemalangan

Menerusi laporan media, kedua-dua mangsa dilanggar pemandu kereta tersebut yang hilang kawalan selepas melanggar belakang lori pada masa kejadian.
Akibat daripada pelanggaran, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta mengalami kecederaan.

BERITA TRENDING: YouTuber Aqil Zulkiflee Terselamat Kemalangan, Lori Terbabas Ketika Balik Berniaga

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa juga turut menahan pemandu remaja lelaki itu untuk membantu siasatan.
Sementara itu, meninjau perkongsian lain di laman X, ada dalam kalangan netizen yang turut berkongsi profil TikTok milik Nabil. Apa yang menyayat hati, perkongsian-perkongsian arwah banyak yang terarah kepada kematian.
Hantaran video terakhir arwah dengan kapsyen: “Mana tahu esok meninggal” menerima lebih daripada 3 juta tontonan di platform berkenaan.
Sumber: 1, 2
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pesawat Terhempas Di Nepal, 22 Mangsa Ditemui

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Sejumlah 22 mangsa selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu telah ditemukan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.
Berita

4 Remaja Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Bergilir-Gilir Ditahan!

gempak
20/07/2024
01:50 MYT
Empat remaja lelaki ditahan polis, kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.