YouTuber popular Aqil Zulkiflee berdepan detik cemas apabila lori yang dipandunya terbabas selepas pulang daripada berniaga di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu pada Ahad.

Berkongsi keadaan dan kenderaan miliknya selepas kejadian terbabit, Aqil bagaimanapun memanjatkan rasa syukur dirinya tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

"Balik meniaga, dapat ujian begini.

"Saya okey je, yang lain cedera ringan," tulisnya di Instagram.

Aqil turut berkongsi keadaan salah seorang rakan niaganya yang menerima rawatan akibat kecederaan pada bahagian atas mata kiri.

Berkongsi lebih lanjut, Aqil memaklumkan kemalangan itu berlaku di laluan Selancar, Rompin, Pahang.

"Ya betul. Hati-hati, jalan dekat jambatan kecil, ada bonggol tinggi," pesannya.

BERITA TRENDING: Msian YouTuber Aqil Zulkiflee Won Nickelodeon Kids’ Choice Awards

PILIHAN PEMBACA: Menang Saman Fitnah RM1 Juta, Aqil Zulkiflee Beri Amaran - "Kalau Terjadi Lagi ..."