Kucing menjadi antara haiwan peliharaan popular di serata dunia. Pemilik kucing pasti tahu bila penjagaan yang rapi untuk kucing anda kekal sihat dan aktif.

Buat anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan membela kucing, sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan kucing anda sentiasa terpelihara.

Dengan lima panduan mudah ini, pasti kucing anda bertambah manja, bertenaga dan aktif!



1. Bawa kucing anda berjalan

Kalau anda bekerja sepenuh masa, pastinya kucing anda hanya duduk terperap di dalam rumah. Apa kata ambil masa waktu petang dan hujung minggu untuk bawa kucing anda bersiar-siar.

Selain merapatkan hubungan anda dan si comel, kawasan luar menjadikan kucing anda dapat merasai suasana habitat sebenar di samping menjadikan daya tahan mereka lebih kuat.

2. Perabot untuk kucing

Tidak perlu perabot yang terlalu mahal untuk kucing anda bermain, tempat permainan ini boleh membuatkan mereka sibuk dan leka bermain.



Selain tempat untuk kucing anda bersantai, si comel pasti tahu rutin hariannya untuk bermain di kawasan perabot dan menjadikan mereka sentiasa aktif.

3. Laser kucing

Kucing merupakan haiwan pemburu yang hebat. Dengan adanya permainan laser, ia boleh menjadikan kucing anda tangkas dan cepat apabila ingin memburu cahaya tersebut.

Laser ini merupakan cara yang baik untuk menggalakkan kucing anda melompat, berlari, dan mendapatkan senaman yang sangat diperlukan.



Dan paling penting, anda terhibur dengan aksi mereka dan si comel juga tidak akan cepat bosan.

4. Aplikasi permainan untuk kucing



Bukan anda sahaja yang boleh bermain permainan video, kucing anda juga perlukannya! Gemar benda yang bergerak-gerak, permainan di telefon pintar ini boleh membuatkan kucing anda terhibur.

Anda boleh mencuba pelbagai aplikasi permainan yang percuma untuk kucing. Hanya perlu muat turun dan buka apabila anda mahu kucing anda nikmati aktiviti digital mereka. Santai, aktif dan tidak cepat bosan, pada masa yang sama anda boleh buat aktiviti pilihan di samping si manja.

5. Makanan Powercat

Makanan kucing Powercat cukup mementingkan khasiat dan kesegaran pemakanan secara menyeluruh agar kucing anda sentiasa kuat.

Dilengkapi nutrien baik seperti taurina, vitamin A, vitamin B2, vitamin B1 dan banyak lagi, ia memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada kucing anda.



Dijamin halal, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa garam tambahan, inilah makanan terbaik untuk si comel sentiasa sihat dan bersih.