Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

Maliah Surip
15/09/2024 12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.

BERITA TRENDING: Mariah Carey Hilang Ibu & Kakak Yang Pernah Mahu Menjualnya Kepada Bapa Ayam, Meninggal Dunia Pada Hari Sama

Pada saat kebanyakan pelancong memilih pakaian yang kasual bersama kasut sukan sesuai untuk menjelajah kawasan yang pernah menjadi kubu China pada masa silam kerana cukup panjang dan berliku, lain halnya dengan pesohor dunia ini.

Mariah Carey mendedahkan telah menjelajah Tembok Besar China dengan panjang melebihi 6,000 kilometer memakai kasut tinggi lima inci!

Penyanyi terkenal itu berkongsi pengalaman dan kenangan memanjat Tembok Besar China di Beijing bersama anak kembarnya, Monroe dan Moroccan, 13, baru-baru ini.

Bersama gambar yang dikongsikan, Carey secara berseloroh mengatakan tiada siapa yang memaklumkan dirinya agar tidak memakai kasut tingga sewaktu menziarah ke destinasi bersejarah tersebut.

“Seseorang patut melarang saya memakai kasut tumit tinggi (tapi tentu sahaja saya tidak akan mendengarnya,” tulis Carey seperti dilaporkan People.

Selain memakai kasut tinggi lima inci, diva berusia 55 tahun itu juga dilihat cantik menyarung gaun dan berkaca mata hitam.

Penampilannya itu disifatkan peminat sebagai sesuai dengan status ‘diva’ yang dimilikinya.

“Hanya Mariah Carey yang mampu memanjat Tembok Besar China memakai kasut tinggi lima inci!”tulis seorang pengguna media sosial.

“Hari yang baik, satu lagi rekod baru dari anda Queen!”tulis yang lain pula.

Selain penampilan berkasut tumit tinggi lima inci menjadi perhatian, peminat turut teruja melihat percutian Carey bersama anak kembarnya yang sudah meningkat remaja.

BERITA TRENDING: Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan

BERITA TRENDING: 7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Dah 7 Tahun Mariah Carey Tak Pernah Memandu Kereta

#Viral #Mariah Carey #Hollywood #China #Diva #Tembok