Diva Mariah Carey mendedahkan sudah tujuh tahun tidak memandu.Dia menggunakan khidmat pemandu untuk membawanya dari satu destinasi ke destinasi lain.

Tindakannya tidak lagi pernah memandu sejak tujuh tahun kebelakangan ini kata Carey bukan disebabkan dia bersikap diva tetapi kerana lesen memandunya telah mati.

BERITA TRENDING: Anda Mungkin Tak Percaya Jumlah Wang Yang Mariah Carey Raih Menerusi Lagu All I Want For Christmas Is You

“Saya tidak memandu, tidak memiliki lesen kerana telah lama mati,” kata Carey saat menjadi tetamu The Jennifer Hudson Show seperti dilaporkan People.

Penyanyi berusia 54 tahun itu kemudian menjelaskan dia pernah memiliki lesen dan memandu sendiri.

“Saya pernah ada lesen tapi kemudian apabila berpindah tinggal di Manhattan, kotaraya, saya tidak rasa ingin memandu.

“Kemudian ada pada satu keadaan saya ingin memandu tapi baru teringat ‘okay lesen saya. Oh ia sudah mati tujuh tahun lalu’,” kata Carey lagi.

Hudson kemudian mencelah dengan mengatakan dia mungkin tidak akan lulus jika menduduki peperiksaan mengambil lesen kenderaan lagi.

“Itulah (tidak lulus) yang cuba saya katakan!” sambut Carey.

Namun Carey tidak menolak untuk memandu semula jika berasa selamat.

BERITA TRENDING: Gara Gara Topik Dandelion Tea, Kakak Saman Mariah Carey RM5 Juta

“Mungkin satu hari nanti jika saya rasa jalan yang digunakan selamat saya akan memandu.

“Tapi buat masa ini saya selesa guna pemandu,” katanya.