Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Marissa Dania Tutup Komen IG & Terus Menyepi!

Amri Hassan
20/03/2024 10:25 MYT
Anak pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, menutup ruangan komen di semua hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

BERITA TRENDING: Marissa Senyum Berbuka Puasa Dengan Family, Netizen Tanya - “Aslam Mana, Tak Dijemput Ke?”

BERITA TRENDING: “Bapak Punya Dosa, Anak Kena Tanggung Kifarah. Mak? Keep On Disalahkan” - Netizen Back-Up Abby Abadi

Terbaharu, Marissa memuatnaik video memakai tudung.pada petang Rabu namun masih menutup ruangan komen hantaran terbabit, difahamkan demi mengelakkan tulisan warganet berbaur provokasi terhadapnya.

Apapun, didapati juga kini hanya ada 72 hantaran visual dalam versi solo saja dimuatnaik Marissa di Instagram miliknya, manakala foto bersama keluarga termasuk abang dan adik sudah dipadamkan.

Difahamkan, beberapa hari lalu Marissa sempat berkongsi beberapa kali juadah serta momennya menjamu selera berbuka puasa bersama-sama keluarga beberapa hari lalu.

Marissa juga ada berkongsi fotonya bersama-sama kedua-dua keluarga Abby dan Norman dengan kapsyen berbunyi; "Tak pernah gagal."

BERITA TRENDING: Marissa Dania Dilabel Penyondol, Abby Abadi: “Lelaki Bukan Anak Patung Yang…”

Nama Marissa terus menjadi buah mulut warganet apabila ibunya, Abby mengesahkan anak perempuannya itu telah mendirikan rumah tangga bersama suami dua anak bernama Aslam di Songkhla, Thailand.

Tidak hanya itu, perbalahan dilihat berlaku antara Norman dan Abby pada ruangan komen menerusi satu hantaran anggota kumpulan Elite itu di akaun media sosialnya.

Abby meluahkan rasa kecewanya di atas apa yang berlaku dan Norman tampil memberi teguran kepada bekas isterinya itu agar tidak membuat perkongsian terbuka mengenai situasi Marissa itu di media sosial.

Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas dikatakan sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan terbabit didakwa mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu berada di Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
#Instagram #Abby Abadi #Norman Hakim #Iftar #Marissa Dania Hakim #Komen
;