Penyanyi dan pelakon Mark Adam mengakui sudah menganggap pelawak serta penyampai radio Shuib seperti adiknya sendiri.

Mark berkata, dia sendiri tidak menyangka perkenalan mereka membawa kepada hubungan yang sangat rapat sehingga melalui detik jatuh bangun bersama.

“Saya bersyukur ada sahabat macam Shuib yang sudah saya anggap seperti adik sendiri. Dia seorang yang baik hati dan tidak pernah berkira.

“Sentiasa ada disaat jatuh bangun saya dalam industri ini,” kata Mark yang akan membuka cawangan Bubblebee di Kompleks PKNS Shah Alam hari ini (Ahad).

Kata Mark lagi, dia juga tidak menyangka Shuib sudi mempelawa dan memberi kepercayaan kepada dirinya untuk membuka cawangan Bubblebee.

“Tak sangka dia (Shuib) percayakan saya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shuib dan Siti Sarah kerana sentiasa memberi galakan dan semangat.

“Saya harap orang ramai dan peminat-peminat saya di sekitar Shah Alam atau yang berada di kawasan berhampiran juga beri sokongan kepada Bubblebee saya di PKNS.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami,” katanya.

Pada majlis pelancaran BubbleBee hari ini juga, Mark akan memberikan 100 cawan minuman percuma kepada para pelanggan bermula 12 tengahari.

Salam Semua! Ini lah JV baru saya bersama sahabat Shuib dan outlet BubbleBee saya yang baru kini bertempat di PKNS Shah Alam, Warga2 Shah Alam dah tak perlu pergi jauh anda sudah pun ada @bubblebeemalaysia_hq so ahad ni kita jumpa untuk soft launch okay?! Semoga di permudahkan segalanya, Syukur Alhamdulillah ? @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin @bubblebeemalaysia_hq

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on