gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Afdlin Balas Rafizi: 'Saya Pelawak, Tapi Dipilih Akar Umbi'
BERITA
Nahas FRU: Lori Pasir Alami Kegagalan Fungsi Stereng - Polis
BERITA
8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE 2020

[MARKAH PENUH] Big Stage 2020: Azzam Sham Juara, Tema Money Heist & Persembahan Luar Biasa Semua Finalis!

gempak
Azwa Rahman
04/10/2020
22:51 MYT
Sponsor Banner
[MARKAH PENUH] Big Stage 2020: Azzam Sham Juara, Tema Money Heist & Persembahan Luar Biasa Semua Finalis!
Konsert akhir Big Stage 2020 berlangsung dengan penuh bertenaga dengan dua persembahan mantap daripada lima bintang.
Dua tema dipertandingkan pada malam ini ialah ultimatun dimana lima finalis ini menyanyikan satu lagu berentak rancak dan satu lagu balada.
Azzam Sham dinobatkan sebagai juara edisi 2020, Usop berada di tempat kedua dan Qody Rany menduduki tangga ketiga.
Dinie Rashid dan Fadh Majid pula menduduki tangga keempat dan kelima.
Dinie juga dipilih sebagai BBNU Paling Gempak bagi konsert akhir selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat.
Misha Omar diundang sebagai juri jemputan disamping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap.
Elly Mazlein pula mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk bertindak sebagai presiden netizen.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional dan undian peminat secara online serta komen-komen yang telah diberikan:
1. Azzam Sham - 67.85% (Aku Bidadari Syurgamu & Grenade)
Faizal Tahir: Secara umum saya taknak cari kesalahan sebab ini final. Ini apa yang saya cari, nampak orang tu nak menang dan berjaya di luar sana. Honestly saya pernah nampak persembahan yang lebih baik dari ini, awak shaking pada permulaan. Tapi awak akan survive dalam industri. You’ll be okay.
Misha Omar: You’re such a great singer. Lagu yang sedap oleh penyanyi nombor satu negara, awak buat lagu ni macam lagu sendiri. Kalau saya jadi pembuka panggung pun, of course takut sikit tapi awak good enough. Tak sabar pusingan seterusnya.
Dayang: Saya happy Azzam ke final. Malam ni saya tengok keseluruhan dan saya suka pesembahan tadi. Awak memang ada tempat dalam industri dan saya tahu perjalanan awak jauh lagi. All the best untuk Azzam. Kalau betul-betul nak, Azzam kena kuat.
Ajai: This is kind of fast song yang patut ada dalam album awak. Kena dengan tone dan karekter awak.
2. Usop - 66.57% (Peluang Kedua & Arjuna)
Ajai: Satu word je, sedap merangkumi segalanya.
Misha Omar: Pada saya, I do enjoy your energy tapi kita berbalik pada maksud best. Arjuna maksud apa? Ada tak gaya awak yang menggambarkan lirik arjuna tu? Macam tak cukup umph! Next time pastikan maksud yang diungkap bertepatan. Okay Usop, I love you.
3. Qody Rany - 61.85% (Bukan Dia Tapi Aku & Aladdin)
Misha Omar: Awak nampak sangat tension, what happened? Balada ni saya punya favourite . Untuk lagu balada seperti ini yang mementingkan feel, adakalanya lebih baik kita berikan penceritaan. Next time lagu balada, rasa harus beri keutamaan sebelum fikir pasal high note. Tadi bila nota tinggi, awak tak tahu nak pergi mana. Next time hati-hati sebab lagu ni lagu anthem untuk orang putus cinta.
Faizal Tahir: Awak bermula dari awal, awak patut rasa bersyukur dapat ke final. Persembahan awak tadi saya cari orang yang nak menang. Saya rasa apa yang awak nyanyi tadi, rasa. Aku rasa, sebab tu aku bagi markah macam tu bro.
Elly Mazlein: Kak Lina pun rasa dik, cenggini!
Ajai: Lapan minggu kita bersama, apa yang saya dengar untuk final ni, inilah lagu fast yang bernyawa dari awak. Ada link tone, penghayatan, karakter, feeling dan konsep. Jadi ini hala tuju kamu, congrats.
4. Dinie Rashid - 60.04% (My Baby You & Kau Bunga Cintaku)
Dayang Nurfaizah: Saya suka tengok Dinie perform hari ini. Congrats sampai ke final. Apa yang saya suka, bila awak enjoy, menari dan agak risau masa turun tangga. Persembahab okay sebab awak berani, Dinie ada tempat dalam industri tapi kena sentiasa push diri. Let lose sikit dan lepas je untuk persembahan seterusnya.
Elly Mazlein: Dinie, all the best.
Faizal Tahir: Saya suka persembahan awak bila awak tak stress. At this stage saya doakan awak berjaya.
Ajai: Tone value tu yang buat awak extra. At the end of the day, orang nak dengar tone yang sedap, soothing. All the best to you.
5. Fadh Majid - 58.80% (Bila Rasaku Ini Rasamu & Pantun Budi)
Ajai: Saya rasa ini minggu terakhir, awak dah tahu apa hala tuju masing-masing. Setiap minggu awak kena cari semula berapa point dan itu penentuan hala tuju kamu. Apa yang saya bangga, awak bagus menari irama malaysia.
Misha Omar: Awak ada tone yang sangat sedap. Kebolehan awak dari irama Malaysia dan balada pertukaran itu dah cukup mengagumkan bila saya lihat. Apa yang Fadh buat tiada masalah. Tapi inilah bila nyanyi langsung atas stage, kita larut dalam emosi. Sehingga ada emosi yang awak lost. Ada notasi yang tak tepat. Bila ekspresi ni, dia kena lepas, hold, lepas, hold.
Elly Mazlein: Suara Fadh betul-betul sampai di hati Kak Lina.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Topic Berkaitan
#Konsert Akhir
#Big Stage 2020
#Azzam Sham
Must-Watch Video