Skip to main content

Viral

Marlia Musa ‘Pecah Lubang’…Sherry Alhadad Pernah Menangis Kerana Cinta Musnah Angkara Orang Ketiga!

sherry-alhadad-putus-cinta.jpg

Hantaran Datin Marlia Musa di laman sosial Instagram (IG) beliau pada Selasa lalu, mengundang sebak warganet terutama peminat kepada selebriti versatil, Sherry Alhadad.

Isteri kepada komposer, penyanyi dan pelakon popular Datuk M.Nasir itu, memuat naik hantaran untuk menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada Sherry.

Pada hantaran tersebut Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut mengimbau detik pertemuannya dengan Sherry.

Kata Marlia, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Alhadad seorang individu yang berkeyakinan tinggi sejak awal lagi.

“Mengenali Sharifah Mariam dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan Che Kem yang audition beliau.. Berbaju kurung dia pagi tu..

“Yakin menjawab setiap soalan kami..Saya bagitahu dia; “di dalam kelas saya, awak kena berguling dari corner ke corner, boleh ke?”

“Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab; “nak buat sekarang ke?”

Must-Watch Video

Advertisement