,
Hiburan

“Married, I'm The Better Half” - Bella Astillah Bagi Hint Dah Kahwin?

Fiza Kamarudin
20/04/2020
17:33 MYT
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberi bayangan sudah berkahwin menerusi ruangan IG storynya menggunakan imej buah pisang dan avocado.
Untuk pengetahuan pembaca Gempak, di kalangan pengguna laman sosial wanita sedang tular kempen kesedaran kanser payudara.
Menerusi mesej tersebut kaum wanita dikehendaki memilih buah-buahan sebagai kod yang mewakili status diri masing-masing tanpa perlu menyebut ia mempunyai kaitan dengan kempen yang sedang dijalankan.
Menerusi pemerhatian Gempak, imej yang dimuat naik Bella ada kaitan dengan kempen kesedaran tersebut dan bekas isteri kepada Aliff Aziz itu telah memilih pisang yang mewakili status “sudah berkahwin” dan avocado “saya sudah dimiliki”.
Sementara itu, Bella ketika ditanya mengenai dakwaan sudah kembali bersama Aliff Aziz menerusi segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak, tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.
“Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan.
“Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing,” katanya tersenyum penuh makna.
Dalam pada itu, Bella berkata dia juga mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka di laman sosial.
“Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial kerana tidak mahu mengulangi perkara lepas.
“Saya belajar daripada kejadian yang lepas-lepas dan ia mengajar saya menjadi lebih matang sekarang,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

gempak
21/10/2024
00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.
Hiburan

Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

gempak
20/10/2024
09:55 MYT
Usahawan Datuk Red mendedahkan bekas isterinya iaitu Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan sekiranya mereka dipertemukan jodoh kembali.
BorakSeeni