Laman Utama

Mas Idayu Kini Bergelar Isteri Muhamad Sufian Isa

Izwan Isa
16/09/2022
03:05 MYT
Hanya dengan sekali lafaz, Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Muhamad Sufian Isa yang merupakan Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen tempatan.
Majlis akad nikah berkenaan diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg Baru, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Mas Idayu atau nama sebenar, Masidayu Mesnun menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dengan lima dulang hantaran berbagi tujuh. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.
Majlis pernikahan itu dihadiri keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama.
Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.
Sebelum ini, Mas Idayu sudah 'diikat' Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.
Mas Idayu yang mesra dengan panggilan 'mommy' pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pasangan Pengantin Ini Pilih Untuk Nikah Pukul 4 Pagi

gempak
10/07/2024
06:55 MYT
Tindakan sepasang pengantin baharu di Kudus, wilayah Jawa Tengah yang melangsungkan pernikahan pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) semalam berjaya mendapat perhatian ramai.
Viral

Punah Hati Bapa Ini Bila Anak Berusia Belasan Tahun Dinikahi Senyap-Senyap Oleh Guru Sekolah Pondok

gempak
07/07/2024
04:55 MYT
Hati bapa mana yang tidak retak apabila mendapati anak gadisnya dikhabar bernikah dengan guru sekolah pondok, tempat anaknya itu menuntut ilmu.
Hiburan

Tak Pernah Bercinta, Redza Rosli Terus Ajak Bella Hanna Beli Cincin & Melamar - “Waktu Itulah Kami Meluahkan Perasaan…”

gempak
22/06/2024
01:38 MYT
Tidak pernah menjalinkan hubungan cinta, pelakon Redza Rosli mendedahkan dia tergerak hati untuk melamar aktres Bella Hanna sebagai isterinya ketika mereka keluar makan dua bulan lalu.
Berita

Suami Diingatkan Tidak Sembunyi Pernikahan Baharu

gempak
19/06/2024
18:51 MYT
Para suami yang ingin mengamalkan poligami diingatkan supaya tidak menyembunyikan pernikahan bersama isteri baharu agar tidak menimbulkan sebarang masalah.
Viral

Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

gempak
19/06/2024
07:41 MYT
Susulan kontroversi mengenai perkahwinannya, pempengaruh Siti Jamumall menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan suaminya iaitu Aiman Tak Kesah di Thailand pada 1 Jun kerana mahu mempercepat pernikahan mereka.