Personaliti media sosial, Alieff Irfan akhirnya berkongsi wajah anak kembarnya di media sosial.

Memilih nama Ayla Medina dan Ayden Maleeq, Alieff mendedah wajah anaknya itu ketika mengadakan majlis akikah di Kelantan.

Tidak hanya foto, Alieff juga turut membuatkan akaun Instagram untuk Ayla dan Ayden iaitu @twins_aylaayden.

Sehingga kini, akaun itu telah memiliki lebih 150,000 pengikut walaupun baru mempunyai 10 posting.

A post shared by Alieff Irfan (@irfxn__)

Dalam pada itu isterinya, Nur Nabilah Aliah atau lebih mesra dengan panggilan Bella berkongsi kisah menarik di sebalik nama anak perempuannya.

“Untuk yang tanya nama Ayla, memang mula-mula nak letak nama Ayla Malaiqa. Tapi masa Alieff nak daftar nama diorang dekat JPN, Alieff tukar nama Ayla Medina,” jelasnya.

Terdahulu, Alieff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak kembar pada 31 Ogos lalu.