Isteri kepada pelawak dan Bintang Muzikal Lawak Superstar Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengenang kembali saat perkahwinan bersama suaminya beberapa tahun lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera memuat naik foto ketika sedang menggayakan kembali busana perkahwinannya.

“Tiba-tiba buka wardrobe tadi jumpa baju kahwin empat tahun lepas. Teringat masa majis resepsi pakai ni hamilkan kembar.

“Tak sempat nak bergaya lama pengsan pula, why not photoshoot balik kan. Nasib Fad tak jumpa baju kahwin dia yang lama. Takut juga dia teringin nak naik pelamin balik,” tulisnya

Tiba2 buka wardrobe tdi jumpa baju kahwin 4 tahun lepas .teringat masa reception pakai ni pregnant kan twins .tak sempat nak bergaya lama pengsan pulak ??? why not photoshoot balik kan .nasib fad tk jmpa baju kahwin dia yg lama .tkot jugak dia teringin nak naik pelamin balik ????

A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecantikan Syeera selain terhibur dengan perkongsiannya.


Terdahulu, Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.