Berita
"Masa Tengok Jenazah Tu Mata dia Terbuka Separuh, Tapi..." - Amyzaa Aznan Syukur Dapat Melihat Jenazah
Kehilangan seorang sahabat sejati yang sudah seperti saudara sendiri pastinya meninggalkan kesan yang sangat dalam.
Begitulah yang terjadi kepada pelakon Amyzaa Aznan apabila mengetahui teman rapatnya penyanyi dan pelakon Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari meninggal dunia.
Allahyarharmah dikatakan meninggal dunia selepas bertarung dengan sakit kanser.
"Assalamulaikum. Kak Kaaia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah telah dibawa ke sini. Insya-Allah jenazah akan diselesaikan dan diuruskan esok pagi (pagi ini) dan akan bawa ke Machap, ke kampung Allahyarhamah.
"Syukur Allahmdulillah akhirnya Kak Kaaia dapat juga berjumpa dengan Allahyarhamah.
"Masa tengok jenazah tu memang mata dia terbuka separuh, tapi Alhamdulilah selepas Kak Kaaia bisik kat telinga dia, Maya, Mija datang, dia tutup rapat mata dia lepas tu," kata Amyzaa yang tidak dapat menahan sebak.
Amyzaa banyak menyimpan rahsia Allahyarhamah Maya dan tidak pernah sesekali berkongsi dengan sesiapa sahaja.
Tambah Amyzaa, dia bersyukur kerana diberi peluang berjumpa walaupun hanya jasad yang tidak bernyawa.
"Akhirnya dapat jumpa walaupun dia dah tidak bernyawa. Tapi takpa dapat juga jumpa, hilang rindu," ucap Amyzaa dalam satu video yang dimuat naik ke Instagramnya.
Tambah Amyzaa lagi, sudah 13 tahun mereka tidak bersua, dan dia bersyukur kerana dia dan Didie Alias masih sempat 'berbicara' dengan jasad yang terbujur.
"Terima kasih sahabat, kau tunggu aku dan DD orang terakhir sampai. Terubat rindu. Walaupun hanya dapat berbicara dengan jasad.
Al-Fatihah Myanaliza Bt Ruslee 13 May 1976 - 18 Mac 2020 #sahabathinggaakhirnafas
Must-Watch Video