ANTARABANGSA
Maserati Letak Enjin Lebih Berprestasi Pada Ghibli Dan Quattroporte Trofeo
Selepas memperkenalkan Ghibli Hyrid baru-baru ini, Maserati kini kembali dengan dua model baharu yang lebih berfokuskan kepada prestasi iaitu Ghibli Trofeo dan Quattrporte Trofeo.

Dihasilkan di kilang Ferrari di Maranello, enjin terbabit pernah digunakan sebelum ini untuk Quattroporte GTS. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama ia memasuki model Ghibli.

Dilengkapi dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF dan pacuan roda belakang berserta ‘differential’, Ghibli Trofeo boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.3 saat, manakala Quattroporte Trofeo pula melakukannya dalam 4.5 saat. Kelajuan maksimum bagi kedua-duanya adalah sama iaitu 326km/j.
Untuk perbandingan, Levante Trofeo yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda Q4 memerlukan 4.1 saat untuk mencapai kelajuan 100km/j dari kedudukan pegun. Bagaimanapun, kelajuan maksimumnya jauh lebih rendah iaitu 304km/j.

Dari segi penampilan, model Trofeo ini boleh dibezakan menerusi kemasan Black Piano pada jeriji dan perincian berwarna merah pada liang udara sisi dan logo Trident pada tiang-C.

Material gentian karbon pula menghiasi lubang ambilan udara pada bampar hadapan dan pengekstrak belakang. Kedua-dua model memakai rim aluminium Orione bersaiz 21 inci. Ruang dalaman menampilkan upholsteri kulit Pieno Fiore dan logo Trofeo tiga dimensi pada perehat kepala.

Must-Watch Video