Laman Utama

Masih Ada Peminat, Gerak Khas Undercover Beri Kelainan, Berbeza Dengan Drama Terdahulu

gempak
Azwa Rahman
28/09/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Masih Ada Peminat, Gerak Khas Undercover Beri Kelainan, Berbeza Dengan Drama Terdahulu
Pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam menjelaskan drama bersiri Gerak Khas yang ditayangkan sejak 21 tahun dahulu masih mempunyai peminatnya sehingga ke hari ini.
Atas permintaan itulah, drama Gerak Khas ini diberikan nafas baharu menjadi Gerak Khas Undercover yang akan mula ditayangkan pada hari Jumaat ini.
“Pada awal penerbitan Gerak Khas dulu, seingat saya Erra Fazira masih sangat muda lagi. Sekarang, banyak sudah berubah. Apapun selepas tayangan Gerak Khas Finale berakhir, permintaan untuk drama ini tetap ada dalam kalangan penonton.
“Cuma, seiring dengan peredaran zaman saya fikir perlu dihasilkan dengan suntikan nafas baharu,” ujar beliau.
Yusof ditemui bersama semua pelakon Gerak Khas Undercover pada majljs pelancaran drama bersiri kepolisan itu secara maya pada Isnin.
Jelas beliau lagi, drama terbaru ini berbeza dengan Gerak Khas yang lama terutamanya dari segi skrip, jalan cerita, para pelakon malah lagu tema.
“Drama Gerak Khas Undercover ini berbeza dengan Gerak Khas Finale yang dah tamat sebelum ini di sebuah stesen TV kerajaan dan swasta. Idea asalnya datang daripada anak saya iaitu Syafiq Yusof dan diarahkan oleh banyak pengarah.
“Apa yang kita buat ni adalah satu permulaan, kita tengok dulu macam mana respon dia tapi Gerak Khas Undercover ni lebih tough berbanding siri terdahulu sebab cerita dia agak terhad dan konsep drama ni pun bukan senang nak buat.
“Kita cuba nak tarik balik penonton-penonton setia siri Gerak Khas. Kita gunakan balik nama tu sebab Gerak Khas dah ada branding termasuk menggandingkan beberapa pelakon lama Gerak Khas terdahulu dengan muka 'polis baharu' yang dipilih, dan lagunya dibuat oleh Syamsul sendiri, dia cipta, dia menyanyi dan walaupun perkataan Gerak Khas tu masih ada, tetap kita neri kelainan,” jelas beliau lagi.
Drama bersiri edisi kali ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Salina Saibi, C.Kumaresan, Farid Amirul dan Datuk AC Mizal, serta penampilan Datuk Aaron Aziz, Datuk Sri Eizlan Yusof, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Khalida Balqis
Gerak Khas Undercover mengisahkan ketua gangstar Tony Bono (Rosyam Nor) yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam.
Tony Bono menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya.
Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.
DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live