Pemergian bintang kpop, Kim Jonghyun, nampaknya masih dirasai peminat apabila sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi itu menjadi ternding di Twitter.

Menerusi laporan Allkpop, sempena menyambut ulang tahun kelahiran Jonghyun pada 8 April lalu, anggota kumpulan yang lain tidak lupa memberikan kata-kata ucapan kepada dirinya.

Pada hari tersebut, foto Jonghyun dimuat naik dilaman media sosial rasmi SHINee sebagai tanda penghormatan sempena ulang tahun kelahirannya.

Entri tersebut mendapat pujian daripada peminat dan rata-rata peminat turut serta memuat naik semula foto beserta mesej dan video ucapan selamat ulang tahun kepada 'penyanyi' tersebut.

Rata-rata peminat mengakui masih bersedih dan terkesan dengan kehilangan Jonghyun selepas dilaporkan meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

Jonghyun ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah pangsapuri mewah di Seoul. Dia dipercayai menderita kerana mengalami depesi lalu bertindak membunuh diri dengan menghidu gas beracun.

Jonghyun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh kakaknya di sebuah pangsapuri mewah di Seoul, sebelum dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya meninggal dunia.

Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun sendiri.

Sumber: Allkpop