Seorang kanak-kanak berbangsa Cina mencuri tumpuan warga media sosial apabila secara spontan makan secara sembunyi di dalam kelas.

Tindakan murid tersebut sebagai tanda hormat kepada rakan beragama Islam yang turut berada di kelas sama.

Difahamkan, kisah murid berkenan tular apabila gambar murid tersebut dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syafiq Izwan Kassim.

“Saya tak suruh dia makan sembunyi. Saya arahkan pelajar non-Muslim boleh keluarkan makanan dan makan seperti biasa.

“Tapi murid seorang ni menunjukkan rasa hormatnya kepada rakan-rakan Muslim yang sedang berpuasa.

“Dia cuba sebaik mungkin untuk makan tanpa 'menganggu' perhatian orang lain.

“Masih kanak-kanak tapi boleh berfikir dengan baik & beradab.

“Contoh dan hasil didikan yang hebat,” katanya.

Susulan itu, orang ramai memuji tindakan murid tersebut dan menganggap ianya hasil didikan ibu bapa.

“Sebenarnya ramai non-Muslim sangat menghormati kawan islam yang berpuasa. Walaupun sebenarnya kita tak kisah pun mereka makan depan kita. Malaysia memang negara yang penuh kasih sayang”

“Baik budaknya, ini kalau besar mesti jadi anak yang pandai menjaga diri dan orang sekeliling”

“Inilah dinamakan moral & sivik. Tahniah pada ibu bapa keluarga budak Itu,” tulis beberapa netizen”

Untuk makluman, kisah murid ini juga turut mendapat perhatian media Singapura iaitu Mothership.SG.

Anda boleh lihat laporan mereka di bawah.