Pengacara dan penyampai radio, Mat Dan bersyukur isterinya, Nadifa Adnan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis.

Mat Dan yang murapakan mualaf yang berasal dari England itu berkongsi berkta gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Pengacara Haramain Backpackers itu memberitahu ibu dan bayi berada dalam keadan baik dan sihat.

"Alhamdulillah my amazing and beautiful wife gave birth last night to this amazing and beautiful baby girl!

"Both Ibu and baby are healthy and now begins confinement!

"Thank you to everyone that sent your wishes via whatsapp/DM," tulisnya.

Menerusi entri yang sama Mat Dan turut memuat naik fotonya bersama bayinya di hospital.

Kemas kini tu turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.

Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, Mat Dan sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Zayne dan Muhammad Eydan.

Mat Dan mula menetap di Malaysia sejak 2009. Pemuda itu mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)