Pengacara dan pelakon, Mat Dan berkongsi sekeping foto 'throwback' ketika zaman usianya di Instagram.

Foto pemilik nama sebenar Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 32, itu memaparkan gaya rambut yang sedikit panjang dan memperlihatkan tatu di kiri dan kanan tubuhnya.

"Rindunya rambut saya, tengah scroll gambar lama nak tunjuk ke Zayne Daddy dia dulu macam mana

"Macam Keith Richards je dia kata (ke Daddy dia kata)," selorohnya.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, para pengikut Mat Dan meninggalkan respon berbeza.

Selain respon positif, ada juga yang kurang selesa melihat Mat Dan berkongsi foto lamanya yang menampakkan tatu itu.

"Tutuplah aib kamu, Allah akan tutup aib kamu yang lain, pengaruh tatu, bukan satu perkara baik, tambahan kalau kita dah bertaubat, renung-renungkanlah," tulis seorang pengguna Instagram.

Bagaimanapun, netizen lain pula berpendapat perkara itu tidak mendatangkan isu negatif kerana pengacara yang fasih menguasai dialek Terengganu itu merupakan seorang mualaf.

"Dia asal memang ori Mat Saleh nak buka aib apa pulak, yang kita hairan asal keturunan Melayu Islam buat tatu, retis pun ada," tulisnya.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)




Terdahulu, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadia Adnan pada Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler dan Eydan Yusoff Tyler.

Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009.