Aktor Fattah Amin tidak menafikan berasa bimbang apabila produser filem meletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya selepas Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan lakonannya berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM97 juta, semalam.
Menurut Fattah ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya untuk meraih kutipan filem yang akan datang iaitu yang terbaharu Filem Deleted: Akan Ku Jejak yang bakal ditayangkan pada 15 September ini.
“Secara jujurnya saya agak tertekan juga. Sedikit sebanyak orang (pembikin filem ) akan meletakkan expectation yang tinggi selepas melihat kejayaan Filem Mat Kilau.
“Saya pasti mereka mahukan filem mereka sekurang-kurang meraih sama tahap kejayaan dengan Mat Kilau atau lebih.
“Namun kejayaan sesebuah filem itu di luar kawalan saya. Ia bukan terletak pada saya seorang sahaja. Tetapi bergantung juga pada keseluruhannya iaitu jalan cerita, pelakon-pelakon lain, mesej yang hendak disampaikan serta citarasa penonton.
“Kesimpulannya ia berbalik pada rezeki juga pada waktu itu,” katanya kepada Astro Gempak.
Suami kepada selebriti Fazura itu ditemui selepas tayangan perdana Filem Deleted yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.
Mengulas mengenai filem keduanya itu buat tahun ini, Fattah menerima tawaran berlakon Deleted kerana mesej membanteras pemerdagangan manusia yang hendak disampaikan.
“Filem ini menjalani penggambaran pada tahun 2019 lagi dan ketika itu saya tertarik dengan mesej yang hendak disampaikan. Isu pemerdagangan manusia satu perkara yang amat membimbangkan bukan sahaja di negara kita malah seluruh dunia.
“Waktu itu meskipun saya belum pun ada anak iaitu Fateema tetapi saya tak dapat bayangkan jika ia berlaku kepada keluarga, adik beradik atau bakal anak kita.
“Kehilangan orang yang kita sayang tanpa khabar berita sama ada mereka masih hidup atau tidak satu perkara yang amat memeritkan. Saya harap filem ini akan memberi kesedaran kita semua untuk lebih berhati-hati,” kongsinya lagi.
Deleted merupakan sebuah filem kelahiran produksi dari Singapura 8028 Holdings Pte Ltd dan Artistes Marketing Asia Pte Ltd, diedarkan dan dipromosikan oleh Mega Films Distribution.
Diarahkan oleh pengarah terkenal Singapura Ken Ng Huang Laifa, filem aksi berkisar tentang antipemerdagangan disokong oleh Kementerian Dalam Negeri dan Antipemerdagangan, Pejabat Strategi Nasional Jawatankuasa Imigresen (NSO MAPO), filem ini berkisarkan tentang masalah penculikan kanak-kanak di Asia Tenggara dan kesan buruk kepada mangsa dan keluarga mereka.
Selain Fattah Amin, Deleted turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Mia Deen, Pablo Amirul Tian Xin, Zhu Houren, Liang Zhiqiang dan Xu Liangyu dibintangi.
Syafiqah Jalal
Tue Sep 13 2022


Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.