gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tikam Remaja Kerana Tidak Suka Tengok Orang Berdua-Duaan
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Izzat Ibrahim Cantas Kedudukan Daniel Sher, Peluang Kedua Buat Ariel Fesol
HIBURAN
KRU Ukir Sejarah, Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Mat Kilau Tayang Percuma Di Kelantan!

gempak
Awani
21/07/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
Mat Kilau Tayang Percuma Di Kelantan!
Seramai 2,000 penonton bertuah akan menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara percuma pada 24 Julai (Sabtu) ini, sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.
Filem biografi epik yang sarat dengan mesej patriotisme itu akan dipertontonkan kepada rakyat Kelantan yang bertuah pada 8 malam, bertempat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor di sini.
Penyelaras program bagi tayangan filem tersebut, Ahmad Termizi Musa berkata tiket percuma itu akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan di negeri ini.
Jelajah AKM Kelantan yang berlangsung 22 hingga 24 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, menyediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kementerian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.
Menjelas lanjut, Ahmad Termizi berkata keseluruhan kawasan di tempat tayangan itu akan ditutup kerana hanya 2,000 penonton terpilih akan dibenarkan untuk menonton filem itu dan pihaknya juga akan mengasingkan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita.
"Dari segi kawalan pula, kita akan pastikan semua penonton tidak membuat sebarang rakaman semasa tayangan filem itu disiarkan.
"Sekiranya kita dapat menangkap individu yang ingkar dengan arahan ini, petugas akan mengarahkan penonton berkenaan keluar dengan serta-merta dan memadam video rakaman berkenaan," katanya.
Filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan" arahan pengarah Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof mula ditayangkan pada 23 Jun lepas termasuk di Singapura dan Brunei serta berjaya meraih kutipan tiket berjumlah lebih RM80 juta, setakat ini.
Antara pelakon hebat yang membarisi filem ini adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.
Sumber - AWANI
Topic Berkaitan
#Viral
#Fattah Amin
#Beto Kusyairy
#Mat Kilau
#Datuk Adi Putra
#Shamsul Yusof
#Khir Rahman
#Filem Mat Kilau
#Johan Asaari
Must-Watch Video