Laman Utama
Mata Alina Hassan Dah Pulih – “Terima Kasih Siti Sarah & Shuib, Hanya Allah Yang Membalas Jasa Baik Kalian…”
Penyanyi Alina Hassan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib kerana membiayai pembedahan membuang katarak di matanya.
Alina berkata, tidak terungkap dengan kata-kata pertolongan yang dihulurkan oleh kedua-dua suami isteri itu, melainkan rasa syukur kepada Allah SWT.
“Tidak terungkap dengan kata-kata…Saya bersyukur kerana Allah SWT datangkan insan berhati mulia kepada saya.
Advertisement
“Saya tak pernah terfikir masalah penglihatan ini akan pulih seperti dulu, terima kasih Siti Sarah Shuib. Semoga Allah berikan rezeki yang berlipat ganda buat mereka,” katanya.
Alina sebelum ini mengalami masalah selaput mata atau katarak sehingga menjejaskan penglihatan dan mendapat rawatan dari klinik mata milik Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Ditanya mengenai kos rawatan kos rawatan membuang katarak mata kanannya itu, Alina berkata, dia tidak pasti mengenai perkara berkenaan.
“Saya tidak tahu tetapi pastinya ia menelan belanja yang tinggi,” ujarnya.
Dalam pada itu Alina berkata, pembedahan tersebut merupakan yang kedua selepas melakukan proses pembuangan katarak untuk mata sebelah kiri pada 2017.
“Masalah katarak mata ini sejak tahun 2011 lagi. Masa itu saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.
“Masa masuk Kilauan Emas, dua-dua mata ini tak dapat melihat dengan jelas…Alhamdulillah, pada 2017 ada rezeki lebih saya buang katarak mata kiri dahulu,” katanya.
Must-Watch Video