gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kantoi Buat ‘Projek’ Atas Sofa, Shahida Dedah Pernah Tumbuk Pekerja - “Ini Bukan Aib Tapi…”
HIBURAN
Gagal Tahan Air Mata, Noorkhiriah Pilih Jayakan Sendiri Babak Dalam Liang Lahad - “Momen Ini Mahal…”
HIBURAN
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”

gempak
Ainun Md Zooki
09/05/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”

Pelakon Luna Maya mendedahkan dia hampir putus asa untuk mendirikan rumah tangga pada dua tahun lepas.

Menerusi perkongsian video klip pendek di Instagram dari pemilik akaun Yashowbiz, Luna Maya, 41, mengakui dia pernah merasakan perkahwinan mungkin bukanlah sesuatu yang ditakdirkan untuknya.

“Dua tahun lepas, saya sudah menanam di dalam fikiran saya, mungkin perkahwinan itu tidak akan terjadi kepada saya.

“Saya sememangnya sudah ada fikiran itu dimana tidak mengapa jika saya tidak berkahwin. Mungkin berkahwin itu bukan untuk semua orang. Mungkin untuk memiliki pasangan hidup bukanlah untuk semua orang,” katanya.

Tambah pelakon yang terkenal dengan drama Nada Cinta, dia reda jika takdirnya adalah untuk hidup sendirian, tanpa berkahwin dengan sesiapa sahaja.

“Jadi, tidak mengapalah. Saya sudah ikhlas jika saya memang tidak akan berkahwin pada suatu hari nanti. Saya terima perkara itu dengan hati yang terbuka,” jelasnya.

Bagaimanapun, Luna Maya mengakui kehadiran suaminya, Maxime Bouttier dalam kehidupannya telah membawa sinar yang baharu buat dirinya.

“Kemudian, Maxime Bouttier hadir dalam hidup saya dan berikan cincin kepada saya. Jadi, saya nak berterima kasih kepada awak kerana sudah berikan saya hari yang terbaik dalam hidup saya,” kongsinya.

View this post on Instagram
A post shared by yashowbiz (@yashowbiz)

Sekadar info, Luna Maya akhirnya bergelar isteri kepada Maxime Bouttier pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Rabu dengan sekali lafaz.

Pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan dalam acara tertutup di Ubud, Bali, Indonesia.

BERITA BERKAITAN: Sah Bergelar Isteri Pada Usia 41 Tahun, Luna Maya Terima Emas & RM8,600

BERITA BERKAITAN: Fasha Sandha Sanggup ‘Terbang’ Ke Bali Demi Luna Maya - “Dia Selalu Cakap Entah Bila Nak Kahwin Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Usia Bukan Halangan! Farahdhiya Yakin Jodoh Akan Tiba Pada Tepat Waktu - “Masih Lagi Ada Harapan…”

BERITA BERKAITAN: Dilamar Di Jepun, Luna Maya Raikan Bridal Shower Di Shanghai

Topic Berkaitan
#Kahwin
#Luna Maya
#Putus
#Reda
#Asa
Must-Watch Video