Laman Utama

Mechamato Movie Temui Penonton Di Pawagam 8 Disember Ini, Tayangan Serentak Di Brunei!

Shahrin Zulkifle
29/11/2022
13:00 MYT

Sebuah filem animasi yang paling dinantikan tahun 2022, Mechamato Movie akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Disember ini.

Menarik lagi, filem yang tersenarai dalam kedudukan TOP 10 di Tokyo Anime Award Festival 2023 itu turut memulakan tayangan serentak di Brunei pada hari yang sama.

Dalam pada itu, filem terbitan MONSTA dan Astro Shaw itu telah mendapat sokongan daripada MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya memasang harapan yang tinggi terhadap filem tersebut selain berasa teruja untuk menerbitkan Mechamato Movie.

“Kami sangat teruja untuk menerbitkan filem animasi yang sudah lama dinantikan peminat filem tempatan.

“Astro Shaw selaku penerbit bersama dan juga bertindak sebagai pemasaran dan pengedaran filem ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap produksi animasi tempatan mempunyai potensi besar untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

“Monsta merupakan syarikat animasi yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kali ini Monsta membuktikan dengan jalan cerita yang menghiburkan dan kualiti produksi filem Mechamato, menetapkan standard baharu untuk filem tempatan sebagai filem berkaliber antarabangsa, menjadikan kebanggan rakyat Malaysia dan mampu mencuri perhatian penonton antarabangsa, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sinposis:

Mechamato mengisahkan bapa kepada watak BoBoiBoy iaitu Amato yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera berkebolehan membentuk “mechanize’ dengan objek lain.

Hasil gabungan mereka telah mewujudkan kemunculan wira, Mechamato! Keadaan menjadi lebih sangat cemas apabila Mechamato bakal berhadapan dengan penjahat berupa alien, Grakakus yang ingin merampas MechaBot daripada tangan Amato untuk memastikan agenda jahatnya terlaksana!

Apakah agenda jahat yang dirancang oleh Grakus? Mampukah adiwira baru ini menghalang agenda jahat Grakakus? Kalau nak tahu apa yang terjadi, saksikan Mechamato di pawagam berdekatan anda 8 Disember ini!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.