Meerqeen, Model Mat Salleh & Wanita Badan Sekeping Antara Yang Tidak Ingin Dilihat Netizen Dalam Iklan Baju Raya Tahun Ini


Pempengaruh dan pencipta kandungan, Imran Bard memberi ‘amaran’ terhadap pengusaha pakaian untuk tidak menampilkan warga asing atau Mat Salleh menerusi iklan (kempen) baju raya tahun ini.

BERITA TRENDING: Tyzo Tunjuk Bukti Rating Suria Cinta Paling Corot? - "Biar Gambar Berbicara"

Menerusi hantaran di platform X, Imran berkata, sudah tiba masanya untuk pengusaha baju raya dan juga pereka berhenti mengharapkan wajah-wajah asing dan terus mengangkat bakat-bakat tempatan, khususnya model berketurunan Melayu.

Menerusi ruangan balasan di hantaran Imran itu, ramai dalam kalangan netizen turut memberikan pandangan mengenai ciri-ciri yang mereka rasakan perlu ada pada model-model baju raya kelak.

Ada yang berharap agar model-model dipilih mempunyai saiz badan berbeza dan tidak tertumpu pada saiz kurus semata-mata.

Selain itu, terdapat juga yang tidak ingin melihat pelakon, Meerqeen sebagai model baju raya untuk tahun ini