BERITA

"Melawat Orang Bersalin Ke Photoshoot Untuk Majalah" -  Amboi...Cantiknya Che Ta Melawat Hospital!

Asraf Aided 26/04/2019 | 10:54 MYT
Aktres dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta membuat kunjungan di Hospital Sungai Buloh pagi tadi.
Perkara itu dikongsi Che Ta menerusi beberapa entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Antara wad yang dikunjunginya adalah wad bersalin, dan dia turut berkongsi beberapa foto bersama ibu di wad tersebut.
"Mai visit wad bersalin ni, rasa nak balik rumah buat anak..eh," tulis Che Ta sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca kapsyen itu.
Lebih menarik perhatian, pengarah terkenal Michael Ang turut meninggalkan komen.
"Melawat orang bersalin ke atau photoshoot majalah anak ku," tulisnya.
Seperti biasa, Che Ta kelihatan anggun dan mengenakan pakaian glamour walaupun ketika berada di hospital.
Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertamanya.
#Che Ta