Laman Utama

“Memang Azal Yang Muat Naik, Bukan Saya…” – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Kepada Rakan Artis

gempak
Fiza Kamarudin
25/04/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Memang Azal Yang Muat Naik, Bukan Saya…” – Zarina Zainuddin Mohon Maaf Kepada Rakan Artis
Pelakon Zarina Zainuddin menafikan tuduhan segelintir wargamaya yang mengatakan dia memuatnaik hantaran Instagram (IG) di laman sosial anaknya, Azal Azrai.
Azal baru-baru ini memuat naik hantaran mendakwa beberapa orang selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir ke majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini.
“Bukan saya yang memuat naik hantaran itu. Tapi memang Azal sendiri…Tengoklah Bahasa Inggeris yang dia gunakan.
“Saya ni mana pandai nak tulis-tulis macam tu. Lagipun IG Azal memang dia yang kendalikan sendiri.
“Saya sendiri nak kadang-kadang tak sempat nak memantau kerana sibuk dengan kerja,” katanya yang hanya menyedari mengenai perkara tersebut selepas diberitahu ditag peminat di hantaran berkenaan.
Bagaimanapun Zarina memohon maaf kepada rakan-rakan selebriti yang tersinggung dengan perbuatan anak istimewanya itu.
“Saya mohon maaf kepada rakan-rakan semua. Azal memang sering menulis dan bercakap mengikut kata hati.
“Apa yang dia nampak itulah yang dia akan tulis. Dia anak yang jujur tidak tahu nak bercakap berpusing-pusing.
Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus," katanya.
Baru-baru ini Azal memuat naik foto beberapa selebriti tanah air dan mendakwa mereka melanggar SOP.
Zarina ditemui ketika Majlis Sidang Media Starvendors di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024