Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu, nama penyanyi Hael Husaini juga cukup sinonim dalam bidang fesyen.

Lihat sahaja gambar yang dikongsikan di Instagram, ada sahaja stail dan gaya baharu yang diperagakan oleh pelantun lagu Jampi itu.

Malah selain gaya pemakaian, wajahnya turut menjadi sebutan orang ramai sehingga sebelum ini ada yang menyamakan mukanya mirip dengan beberapa bintang korea selatan iaitu V BTS dan Cha Eun Woo

BACA: Peminat Sampai ‘Berdarah Hidung’ Tengok Gambar Terkini Hael Husaini - “Helok Macam Mana Nak Habaq Entah”

BACA: Selepas Digelar V BTS, Kini Netizen Samakan Wajah Hael Husaini Dengan Cha Eun Woo

Pun begitu, menerusi satu muat naik terbaharu di Instagram, Hael berkongsi sekeping foto dirinya sambil memegang sebuah potret yang memperlihatkan dirinya ketika usia kecil.

“Ketua bukan dilahirkan, tetapi dibuat. Lebih banyak halangan, lebih banyak kejayaan akan menghampirinya,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by HH (@haelhusaini)

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya seakan terpaku melihat foto Hael ketika kecil. Malah tidak kurang yang memberi pujian dengan menyatakan Hael sememangnya kacak sejak azali.

“Memang handsome sejak azali ni,” kata seorang warganet.

“I love this version of Hael Husaini,” kata seorang wargamaya.

"Hael you memang slayyyyy," komen seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.