Laman Utama

"Memang Salah Untuk Tujuan Riadah" - Polis Nafi Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Siasat Kenyataan Vie Shantie

gempak
Gempak
21/09/2021
07:04 MYT
Sponsor Banner
"Memang Salah Untuk Tujuan Riadah" - Polis Nafi Tak Perlu Surat Rentas Negeri, Siasat Kenyataan Vie Shantie
Polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh usahawan dan selebriti media sosial, Vie Shantie Khan yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Pahang.
BACA: "Tak Perlu Surat Sebab Masih Sempadan Selangor" - Vie Shantie Sempat Bercuti Di Janda Baik, Sekarang Ke Arab Saudi ​
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang yang memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan.
"Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.
"Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat," katanya kepada Kosmo!.
Semalam selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.
Vie Shantie dilaporkan berkata, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.
Menurut Zaiham pihaknya akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi terlibat sebelum tindakan susulan dibuat.
Katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan segala peraturan dan undang-undang ditetapkan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live