Laman Utama

"Memang Saya Rasa Terlambat Tapi..." - Fai Ramli Akui Lewat Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi

gempak
Asraf Aided
05/04/2021
13:41 MYT
Sponsor Banner
"Memang Saya Rasa Terlambat Tapi..." - Fai Ramli Akui Lewat Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi
Penyanyi baru naungan KRU Music, Fai Ramli, 28, akui sedikit terlewat memasuki industri hiburan tanah air.
Namun menurut Fai, meskipun kebanyakan penyanyi baru lain lebih muda daripadanya, dia tetap akan meneruskan keputusan yang dibuat itu.
"Saya sedar mungkin saya agak lambat memulakan kerjaya dalam industri hiburan ini pada usia 28 tahun sekarang.
"Kalau kita lihat, kategori BBNU lain kebanyakannya lagi muda dari saya.
"Memang saya rasa terlambat, tapi apapun saya tetap mahu cuba dan teruskan juga penglibatan saya sebagai penyanyi, saya yakin ada hikmah di sebalik keputusan yang dibuat ini," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fai mendedahkan kerap menerima tawaran daripada beberapa label rakaman lain sebelum ini, namun dia tidak memberi respon.
"Sebelum bergelar artis KRU Music, saya kerap juga menerima tawaran dari label lain di akaun media sosial, bagaimanapun saya belum tergerak hati ketika itu untuk berkecimpung aktif sebagai penyanyi.
"Apapun, sekarang mungkin rezeki saya sudah tertulis untuk berada dalam bidang ini," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fai kini tampil dengan single berjudul Lagu Rindu.
Pertaruhan sulungnya itu boleh dinikmati di semua platform digital dan ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live