Laman Utama

“Memang Saya Sayang Shuk, Tapi…” - Sera

gempak
Izwan Isa
25/07/2022
10:59 MYT
Sponsor Banner
“Memang Saya Sayang Shuk, Tapi…” - Sera
Isteri kepada Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshafera, atau lebih mesra disapa Sera mengakui masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya, sungguhpun berdepan dengan kemelut rumah tangga sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Sera, rasa sayang tersebut hanyalah terbatas teman semata-mata dan tidak lebih daripada itu.
“Memang saya sayang Shuk… Tapi itulah, hanya kawan jelah macam tu. Tiada rasa lain,” katanya kepada Gempak.
Sera ditemui pada majlis Meet & Greet Face Of Inayah Beauty di ibu kota baru-baru ini.
Ditanya adakah Sera akan terbuka hati jika Shuk menunjukkan kesungguhan untuk kembali bersama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, hal itu tidak boleh dibincangkan buat masa terdekat ini.
“Saya tak tahu lagi… dalam masa ni tak boleh jamin apa-apa untuk satu tahun ni. Mungkin tidak kot… macam tu lah,” katanya yang mengakui memendam rasa terhadap suaminya sejak 4 hingga 5 tahun lalu.
Ditanya tentang hubungan Shuk dan anak-anak, Sera berkata, dia sentiasa memberi kebebasan kepada Shuk untuk bertemu dengan cahaya mata mereka.
“Anak-anak ada dengan saya. Tapi Shuk sudah menetap di Pulau Pinang. Jadi, apabila Shuk berada berhampiran Kuala Lumpur, dia boleh sahaja melawat anak-anaknya.
“Jujurnya, saya tiada masalah Shuk bertemu dengan zuriat kami. Saya juga tidak hadkan sesi pertemuan mereka bersama,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sera turut mengunci mulut mengenai status terkininya, sama ada dia masih bergelar isteri Shuk atau sudah bercerai.
Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai dua orang anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live