Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Menang RM4.7 Juta Saya Nak Simpan Dalam ASB, Beli Rumah,” - Sekyss Syukur Pasukan Jadi Juara Dunia MLBB

Awani
15/07/2024 20:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss berkongsi perancangannya dan juga pasukan selepas menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, pada Ahad

Simpan ASB, beli rumah


Sekyss atau nama sebenarnya Muhammad Haqqullah Ahmad Shahru yang turut dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam aksi Grand Final, bersyukur dengan kejayaan yang diraih pasukannya dalam kejohanan tersebut.

Dalam sesi perbualan bersama Era, Sekyss berkongsi perancangannya untuk menyimpan hadiah kemenangan tersebut dalam simpanan ASB.

"Saya akan simpan ASB dulu, mungkin dah lama sikit saya nak beli rumah" ujarnya.


Yoodo Selangor Red Giants turut akan beraksi di kejohanan Snapdragon yang akan dilangsungkan kira-kira dua minggu lagi, lapor Stadium Astro

Sebelum ini, Bernama melaporkan, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 di kejohanan Mid Season Cup MLBB 2024 malam tadi.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, SRG bermula dengan langkah kiri apabila tewas perlawanan pertama dengan keputusan 23 'kills' berbalas 16.

Bagaimanapun skuad Malaysia itu kembali bangkit pada perlawanan kedua dengan mempamerkan aksi yang kemas untuk menyamakan kedudukan 1-1 meskipun lawannya AP Bren berjaya mendahului dengan jumlah 'kills' 14-11.

ARTIKEL BERKAITAN: SRG Menang, Ahmad Zahid Ikrar Komitmen Bangun Industri Sukan Digital - “Usaha Gigih Anda Membawa Pulang…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Takut Haiwan Tiada Bulu, Suka Main Mobile Legends” – Syada Amzah Dedah 30 Fakta Mengenai Dirinya

ARTIKEL BERKAITAN:Ustaz Rawat Pesakit Guna Pistol Mainan, Netizen Hairan - “Ini Ruqyah Ke Main Mobile Legend”

ARTIKEL BERKAITAN:“Untung Beckham Dapat Jumpa Idola Legend Malaysia” - Ini Antara Reaksi Peminat Bila David Beckham Turunkan Autograf Pada Baju Safee Sali

ARTIKEL BERKAITAN:Tahap Kesihatan Isteri Kurang Baik, Daddyhood ’Step Down’ Dari Aktiviti E-sukan - “Perkara Ini Lama Dia Rahsiakan Sebab…”



Momentum yang diraih anak buah jurulatih Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia itu gagal diteruskan pada perlawanan ketiga sekali gus menyaksikan mereka tewas 6-22 dalam aksi untuk membolehkan AP Bren selesa memimpin perlawanan.

SRG kemudiannya kembali mendapat rentak apabila memenangi perlawanan keempat dan kelima masing-masing dengan keputusan 18-4 dan 12-11.

Ketika hanya satu mata sahaja diperlukan SRG untuk mengesahkan kejuaraan MSC, juara bertahan dari Filipina itu berjaya menyamakan kedudukan apabila memenangi perlawanan keenam dengan dengan keputusan 14-2 sekali gus mengheret SRG ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan penentuan SRG seolah-olah tidak memberi peluang kepada AP Bren apabila mendominasi perlawanan dan momentum itu diteruskan untuk mengetepikan pasukan lawan 21-10 sekali gus mengesahkan kejuaraan MSC buat kali pertama.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG, Sekyss dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah AS$1,000,000 (RM4,669,303.78).

Sumber: ASTRO AWANI

#Sukan #Juara #Beli Rumah #Mobile Legend #E Sukan #Simpan Duit #ASB #E Games #E Sport #MLBB #Mobile Legend Bang Bang #Sekyss #SRG #Yoodo Selangor Red Giants