Sukan

SRG Menang, Ahmad Zahid Ikrar Komitmen Bangun Industri Sukan Digital - “Usaha Gigih Anda Membawa Pulang…”

gempak
Gempak
15/07/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
SRG Menang, Ahmad Zahid Ikrar Komitmen Bangun Industri Sukan Digital - “Usaha Gigih Anda Membawa Pulang…”
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital di negara ini.
Ia susulan kejayaan Selangor Red Giants (SRG) menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, pada Ahad.
"Tahniah dan syabas SRG. Anda telah berjaya mengharumkan nama negara! Usaha gigih anda membawa pulang hadiah tunai RM4.7 juta adalah kejayaan yang amat membanggakan.
"Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, saya akan memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
"Semoga kejayaan SRG ini akan menjadi pencetus kepada lebih kejayaan di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.
Ahmad Zahid berkata, dedikasi dan komitmen ditonjolkan SRG pada kejohanan itu pasti akan menjadi pemangkin kepada perkembangan e-sukan negara.
"Seterusnya melahirkan lebih ramai atlet profesional yang berdaya saing dan berkemahiran dalam permainan digital yang saya lihat semakin mendapat tempat di hati anak muda," ujarnya.
Pada Ahad, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport.
Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul, lebih dikenali sebagai Sekyss, dinobat pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.
Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78).
Sumber - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live