Tempatan
Menarik, tayar terpakai diukir untuk perhiasan
Komited untuk menjaga alam sekitar dan masyarakat, Goodyear Malaysia menderma tayar ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam bagi aktiviti rekreasi dan latihan bengkel sekali gus mendedahkan pentingnya kitar semula kepada pelajar.
Di samping menggunakan tayar untuk tujuan praktikal, setengah tayar itu digunakan sebagai hiasan. Tayar berkenaan diukir semula dan idea berkenaan diambil daripada pengukir profesional yang dibuat pada Cotton Bowl 2018. Cotton Bowl adalah pertandingan tahunan Amerika Football bagi penuntut kolej atau universiti.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/goodyear-tayar-terpakai-drebar-02.jpg)
“Kami berharap ia akan memberi inspirasi, selain memperkasakan pelajar untuk menjaga alam sekitar dengan sentiasa mencari jalan baru untuk menilai barangan yang digunakan dalam persekitaran yang selamat,” katanya.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2019/goodyear-tayar-terpakai-drebar-01.jpg)
Must-Watch Video