Kecoh di media sosial apabila ada seorang gadis seakan memperlekehkan usaha teman lelakinya yang membawa ‘dating’ di dalam kereta atau secara pandu lalu

Biarpun ia mungkin hanya sekadar perkongsian individu berkenaan, namun ia telah mencetuskan perdebatan dan perbincangan ‘hangat’ netizen.

“Dah pakai cantik-cantik, sekali bawa drive-thru (pandu lalu).

“Tak mampu jangan ajak dating,” tulis gadis itu.

Video tersebut yang pada awalnya dimuat naik di TikTok kemudian tular di platform Twitter.

Kebanyakan netizen bengang apabila luahan gadis tersebut seolah-olah memperlekehkan usaha pemuda berkenaan.

Malah, ramai yang mengatakan ‘dating’ secara pandu lalu atau di dalam kereta itu juga menarik dan tidak memerlukan modal besar.

“Korang ni tak tahu ke yang dating dalam kereta lebih best dan intimate”.

“Macam mana nak kahwin ni kalau benda kecil macam ni pun jadi isu”.

“Tak faham aku bila orang perlekeh effort orang lain,” tulis beberapa netizen.

Pun begitu, ada juga pandangan mengatakan ‘dating’ di dalam kereta ini tidak selamat berbanding di restoran atau tempat lebih terbuka.