Laman Utama

Mengaku Buat Salah, Syamsul Yusof Minta Henti Kecam Puteri Sarah & Ira Kazar; “Kalau Nak Kutuk, Hina Saya Lah Orangnya…”

Shahrin Zulkifle
11/01/2023
00:30 MYT

Pengarah berkontroversi Syamsul Yusof meminta orang ramai untuk berhenti bercakap buruk dan mengecam kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Kata Syamsul, dia akan bertanggungjawab penuh dengan perkara yang berlaku selain rela menjadikan dirinya tempat untuk netizen melepaskan geram.

“Bila keadaan sebegini berlaku, saya tidak mahu anda (netizen) marah atau memberi tomahan atau cakap apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya Puteri Sarah dan Ira Kazar.

“Jangan kata benda-benda tak elok pada mereka. Kalau nak kutuk atau hina sekalipun, saya lah orangnya. Kutuk saya sebab saya buat keputusan ini.

“Saya tahu apa yang saya buat, saya kahwin ikut hukum. Ibu bapa saya pun tolong jangan kutuk, saya yang bertanggungjawab dengan segala perkara ini,” katanya.

Syamsul berkata demikian menerusi satu hantaran video terbaharu di laman Instagramnya pada Selasa.

Dalam masa sama, pengarah filem Mat Kilau turut mengharapkan doa orang ramai buat dia dan keluarganya selain memohon netizen agar tidak menjadi batu api.

“Mohon semua doakan yang terbaik. Tidak rugi mahupun untung apa pun jika anda mendoakan untuk kami sekeluarga.

“Mohon netizen untuk tidak menjadi batu api seolah-olah mahu isteri dan saya bercerai,” ujarnya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

Bertambah teruk lagi, apabila Puteri Sarah meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

BACA: “Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya” - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

BACA: "Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah

BACA: "Letak Semua Kesalahan Pada Saya?" Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

gempak
03/07/2024
08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Hiburan

Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil

gempak
07/06/2024
04:56 MYT
Sudah agak lama tidak mendengar khabar tentang isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Hiburan

Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil

gempak
08/05/2024
06:50 MYT
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.