,
berita

Mengejutkan! EXO Chen Dedah Bakal Berkahwin, Tunang Kini Sedang Hamil

Mya Amri
13/01/2020
09:34 MYT
Anggota K-Pop terkenal EXO, Chen mendedahkan dia sudah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Pendedahan mengejutkan itu dilakukan Chen menerusi media sosial rasmi kelab peminat EXO sebentar tadi.
Menurut Chen, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang bersama suri hatinya.
Chen meluahkan isi hatinya menerusi coretan seperti dibawah:
“Hello ini adalah Chen. Saya mengambil keputusan untuk menulis kerana saya mempunyai sesuatu yang ingin diperkatakan kepada anda semua.
“Saya tidak tahu untuk bermula dari mana dan sejujurnya saya berasa amat gementar untuk membuat pendedahan ini.
“Namun saya mahu menjadi orang pertama yang memberitahu berita ini kepada peminat yang banyak menunjukkan kasih sayang mereka dan juga memberikan sokongan kepada saya selama ini.
“Saya sudah mempunyai kekasih hati yang mana saya ingin menghabiskan seluruh hidup saya bersamanya. “Pada mulanya saya amat bimbang tentang kesan yang bakal berlaku akibat daripada keputusan saya.
“Namun saya telah berbincang dengan label dan juga anggota kumpulan saya mengenai cara untuk mendedahkan perkara ini supaya anda semua tidak terkejut.
“Tetapi kemudian saya dihiasi dengan berita baik. Sekarang saya tidak dapat melakukan apa yang telah dirancang bersama label dan juga anggota kumpulan.
“Saya memberanikan diri walaupun tidak bersedia sepenuhnya dan tidak dapat menangguhkannya lagi.
“Saya benar-benar menghargai anggota kumpulan saya yang mengucapkan tahniah dengan hati ikhlas dan juga berterima kasih kepada sokongan anda semua.
“Saya akan sentiasa melakukan yang terbaik dan menghargai kasih sayang anda semua. Terima kasih selamanya,” coretnya. Dalam pada itu agensi EXO, SM Entertainment juga telah mengesahkan berita mengenai kehamilan tuning Chen.
Namun disebabkan wanita itu bukan dikalangan selebriti, usia kehamilannya juga dirahsiakan bagi menghormati privasinya.
“Bakal isteri Chen sedang hamil. Namun disebabkan dia bukan selebriti, kami harap anda semua memahami… Agak sukar untuk kami mendedahkan usia kandungan atau pun tarikh jangkaan bersalin,” - SM Entertainment
Sumber: Koreaboo / Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.