Laman Utama
Menggigil Ketakutan.. Ezzaty Abdullah Nangis Dua Hari Sebab Takut Buat 'Swab Test' - "Alhamdulillah Keputusan Negatif"
Pelakon Ezzaty Abdullah akui berasa gementar apabila terpaksa melakukan ujian calitan atau swab test Covid-19 sebelum memulakan penggambaran.
Menurut Ezzaty, 30, akibat terlampau takut dia menangis sepanjang malam kerana khuatir tidak mampu untuk menahan sakit.
"Ya Allah, Tuhan ja tau betapa gementarnya saya bila tau nak buat swab test. Dua hari dua malam nangis sebab takut. Pagi tadi pun nangis lagi.
"Saya memang jenis yang tak tahan sakit walau ambik darah dekat jari pun boleh nangis sakit," tulisnya di Instagram (IG).
Perkongsian itu turut memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan Ezzaty yang kelihatan cuak serta menggigil ketakutan.
Walaubagaimanapun, isteri kepada aktor Azwan Kombos berjaya mengenepikan perasaan itu dan menjalankan tanggungjawabnya bagi mencegah wabak Covid-19.
Malah, pelakon drama Suri Katriana itu bersyukur apabila keputusan ujian yang diperoleh adalah negatif.
"Tapi sebagai rakyat yang ingin bekerja dan akan jumpa ramai orang, saya perlu bertanggungjawab untuk buat swab test ini sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan saya tidak menyebarkan wabak Covid kepada orang lain terutamanya keluarga saya dan pekerja.
"Takut atau tak semua kena letak tepi dulu okey. Percaya dengan saya, memang tak sakit pun. Kalau saya jenis yang memang tak tahan sakit langsung ni pun cakap tak sakit, macam mana dengan korang?
"Alhamdulillah keputusan dah dapat dan negatif! Semoga kita semua dijauhi dari wabak Covid-19," tulisnya lagi.
Must-Watch Video