Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengajak semua pihak khususnya pendakwah selebriti agar bersatu hati dan senada dengan keputusan kerajaan yang meletakkan hukum harus dan wajib dalam pengambilan vaksin COVID-19.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai hasil daripada pandangan para ulama, pihak berkuasa agama di seluruh dunia.
“Pandangan ini (vaksin COVID-19) bukan pandangan saya, tetapi pandangan para ulama dan badan berkuasa agama bukan sahaja di Malaysia, malah dirujuk kepada ummah secara keseluruhan seperti institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif menerusi Hai’ah Kibar ‘Ulama al-Azhar di Arab Saudi yang semuanya setuju ke arah itu.
“Jadi alangkah baik kalau kita semua termasuk pendakwah selebriti senada dengan badan yang amat berkuasa yang telah buat kajian demi kajian dan cukup (untuk) kita kata halus serta mendalam,” katanya ketika kepada wartawan selepas merasmikan majlis Tauaiyah Menteri Bersama Pendakwah Selebriti, di sini pada Khamis.
Yang turut hadir timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary dan 100 pendakwah selebriti.
Zulkifli dalam satu kenyataan semalam berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
Menurutnya, ketetapan itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.
Sumber: Awani
Kredit Foto: Berita Harian
Maliah Surip
Thu Dec 24 2020


Hantaran Di Facebook Ibu Hannah Delisha Dengan #IbuTidakRestu, Cetus Tanda Tanya
Adakah perkahwinan Hannah dan Iman Shah berlangsung tanpa restu ibu?

Rizky Billar Akan Penuhi Panggilan Polisi

“Saya Amat Perlukan Vaksin”- Setiap Minggu Buat Swab Test, Janna Nick Tak Tahan Lagi
Setiap Minggu Buat Swab Test, Janna Nick Tak Tahan Lagi

Brisia Jodie Sudah Ngebet Tapi Tunggu Kaka-Kakanya Menikah

“Rindulah Misai Pak Karim” - Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri Tamat, Netizen Harap Ada Musim Kedua
Rindu warung Pak Jabit.

“Suruh Laki Bank In RM100, Doakan Kami Dapat Zuriat Ya” - Makcik Berniaga Live 3 Pagi Buat Ramai Sebak!
Allahu, sebak pula tengok semangat mak!

“Tak Kisah Apa Jua Bentuk Badan, Kita Kena Bangga” - Sherry Alhadad Bergabung Dengan Syomirizwa Gupta Menerusi...
Dua nama besar di dalam industri hiburan dan fesyen tanahair telah bergabung tenaga bulan ini untuk melancarkan koleksi fesyen Aidilfiri untuk tahun 2021.

Kim Kardashian Bercinta Dengan Drake?
Belum reda isu penceraian pasangan popular Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West, muncul pula spekulasi mengatakan mogul kosmetik itu berkemungkinan menjalin hubungan bersama penyanyi Drake.

Laporan Polis Dibuat, Azhar Sulaiman Kesal Dituduh Tak Pandai Didik Leona - "Anak Pun Manusia Juga, Ada Kepalanya Tak Nak Ikut"
Pening kepala mami..

Alam Wakaka Selamat Bernikah, Minta Maaf Tiada Jemputan
Cantiknya isteri Alam Wakaka