Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menteri Israel Letak Jawatan

Gempak
10/06/2024 21:55 MYT
Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz pada Ahad mengumumkan peletakan jawatannya ketika penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan yang diselamatkan di Gaza dan ratusan penduduk Palestin terkorban.

Letak jawatan

Peletakan jawatan Gantz adalah isyarat baharu perbezaan pendapat berhubung pengendalian Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terhadap perang yang sudah menjangkau lapan bulan dan tamparan politik besar pertama terhadapnya.

Ia berlaku selepas pasukan khas bertempur dengan pejuang Palestin pada Sabtu di kem pelarian Nuseirat yang sesak di tengah Gaza, ketika mereka melakukan serbuan untuk membebaskan empat tebusan.

Tentera Israel berkata, pasukan pengekstrakan dan tawanan berada di bawah tembakan senjata api dan bom tangan yang membunuh seorang pegawai polis.

BERITA TRENDING: Kes Keguguran Wanita Hamil Di Gaza Meningkat, Tekanan & Kurang Makanan Jadi Punca

BERITA TRENDING: Jumlah Bom Israel Yang Digugurkan Di Gaza Melepasi Perang Dunia Kedua

BERITA TRENDING:Israel Zalim! Remaja Palestin Mati Kebuluran

Manakala, tentera udara Israel melancarkan serangan yang menyebabkan bangunan berhampiran, runtuh.

Kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas berkata, 274 orang terbunuh dan 698 cedera, dalam apa yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai di Nuseirat.

Antaranya, sekurang-kurangnya 64 kanak-kanak, 57 wanita dan 37 warga emas, kata kementerian itu.

"Orang ramai menjerit, (sama ada orang) muda dan tua, wanita dan lelaki.

"Semua orang mahu melarikan diri dari tempat itu, tetapi pengeboman itu sengit dan sesiapa yang bergerak berisiko terbunuh akibat pengeboman yang kuat dan tembakan," kata penduduk Nuseirat, Muhannad Thabet, 35.

BERITA TRENDING: Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

BERITA TRENDING: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin…

BERITA TRENDING:Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

Empat tebusan yang diselamatkan itu, diculik dari festival muzik Nova ketika serangan Hamas di selatan Israel, pada 7 Oktober tahun lalu.

Peletakan jawatan Gantz dibuat selepas mengeluarkan kata dua kepada Netanyahu supaya membentangkan rancangan pascaperang untuk Gaza menjelang 8 Jun.

Netanyahu membalas dengan memberitahu Gantz, ia bukan masa untuk meninggalkan pertempuran.

Sumber: Harian Metro

#Israel #Menteri #Gaza #Jawatan #Letak
;