Menu terbaharu hasil kolaborasi McDonald’s bersama BTS telah mencetuskan fenomena yang cukup mengagumkan sejak dilancarkan dua hari lalu.

Lihat saja media sosial ketika ini, pasti ramai ‘army’ yang berkongsi kejayaan mendapatkan menu berkenaan.

Bukan saja ‘army’, malah bukan peminat pun dilihat tidak melepaskan peluang untuk merasai hidangan berkenaan.

Namun, seperti yang dijangka, bungkusan menu itu telah mula ‘membanjiri’ platform e-dagang apabila ada segelintir yang cuba menjual semula barangan berkenaan.

Menerusi pemantauan Gempak di platform tersebut, kebanyakan harga dijual antara RM10 hingga RM59.90 untuk satu set.

Malah, ada juga yang menjual dua bekas minuman McDonald’s BTS itu dengan harga RM15.

Anda boleh lihat antara jualan tersebut di bawah.



Difahamkan, menu istimewa ini hanya dijual di kesemua cawangan McDonald’s Malaysia selama 3 minggu sahaja.